Laju, senang macam kalkulator
Satu tekan, satu menu. Tekan Bayar, siap. Pelanggan ramai pun tak kelam-kabut.
Khas untuk peniaga pasar malam
Tutup gerai, terus tahu jualan sebenar. Tak payah lagi kira duit sampai tengah malam.
Muat turun PERCUMAdi Google PlayUntuk telefon Android · Cuba percuma dulu
Skrin sebenar app · angka ialah data contoh
Kenal tak situasi ni?
PasarMalam.app kira semua tu untuk anda. Setiap kali jual, tekan sekali je.
Cara guna
Tekan Mula Sesi Baru. Menu dan harga anda dah sedia di skrin.
Tekan gambar menu, tekan Bayar, pilih tunai atau e-wallet. Siap. Lagi laju dari kalkulator.
Tekan Tamat sesi. Terus nampak jumlah malam ni, berapa tunai, berapa e-wallet, apa paling laku.
Kali pertama je: masukkan menu dan harga anda di Urus item. Contohnya Pisang Goreng RM5, Air Sirap RM1.
Apa yang anda dapat
Satu tekan, satu menu. Tekan Bayar, siap. Pelanggan ramai pun tak kelam-kabut.
Tahu berapa patut ada dalam laci, berapa dah masuk bank atau DuitNow.

Hari paling laris, jam paling sibuk dan menu paling laku. Senang rancang stok, tak membazir.

Letak nama, harga dan warna sendiri. Satu menu boleh ada pilihan, contohnya Pisang Goreng Cheese atau Coklat, setiap satu dengan harga sendiri.
Untuk bos yang ada pekerja
Pekerja tekan Hantar ke bos bila tutup gerai. Jualan malam tu sampai ke telefon bos melalui WhatsApp atau Gmail, lengkap dengan senarai item, tunai dan e-wallet.
Skrin sebenar
Gambar skrin dari app sebenar. Angka di dalamnya ialah data contoh.
Leret ke tepi untuk lihat lagi
Pelan & harga
Langgan hanya kalau rasa berguna.
Bayar melalui Google Play. Diperbaharui setiap bulan; batal bila-bila masa di Play Store.
Soalan lazim
Tak ada server, tak ada akaun. Semua rekod jualan duduk dalam telefon anda je. Kami sendiri pun tak boleh tengok.
Data hanya keluar dari telefon kalau anda sendiri hantar, contohnya bila tekan Hantar ke bos. Baca dasar privasi kami.
Tak. Rekod jualan, jumlah dan Prestasi semua jalan tanpa internet, jadi tak kisah line lemah di tapak.
Internet cuma perlu untuk muat turun app, dan bila nak langgan pelan melalui Google Play.
Tak perlu. Buka app, terus guna. App tak minta nombor telefon, emel atau kata laluan.
Kalau boleh guna WhatsApp, boleh guna ni. Masukkan menu sekali, lepas tu tekan gambar menu je setiap kali jual.
Satu tekan satu menu, tekan Bayar, siap. Lagi laju dari tekan kalkulator, dan tak payah ingat harga.
Data hanya ada dalam telefon anda, jadi buat sandaran. Dalam app, tekan ⋮ → Simpan sandaran data, dan simpan fail itu di tempat selamat, contohnya Google Drive.
Bila tukar telefon, guna Pulihkan dari sandaran. Kalau sandaran Google dihidupkan dalam tetapan telefon, Android juga boleh sandarkan data app ini sendiri.
Cuba percuma dulu: pelan Percuma boleh simpan sampai 3 sesi dalam telefon. Kalau berguna, Peniaga Kecil RM10 sebulan, lebih kurang 33 sen sehari. Bayar melalui Google Play, dan boleh batal bila-bila masa.
Tak perlu. Pekerja guna pelan Percuma dan tekan Hantar ke bos bila tamat sesi. Sesi yang dah dihantar dipadam sendiri dari telefon pekerja selepas 12 jam, jadi telefon pekerja tak penuh. Hanya telefon bos perlu Peniaga Besar.
Tiada iklan dan tiada penjejakan.
Buat masa ini, untuk telefon Android sahaja.
Muat turun percuma. Tak perlu daftar. Masukkan menu, terus boleh jual.
Muat turun PERCUMAdi Google PlayAtau buka Google Play dan cari PasarMalam.app